Blogger templates

Saturday, October 10, 2015

Permulaan


Well. 23 Ogos 2015 aku telah kehilangan anak yang aku kandung selama 5 bulan. 
So, aku decide untuk abadikan pengalaman tu kat dalam blog nie.

Ikutkan aku nak buat planner. Nak cerita dalam tu semua tapi aku stay kat rumah family aku jadi segala harta benda nak menulis memang yilek! Hiks!


Baby aku lahir secara normal lepas 28jam ketuban pecah. Sedih memang takleh nak gambarkan la. Malam masud wad sebab ketuban pecah aku tak tidur. Aku menangis sampai subuh. Aku tidur dalam setengah jam then kembali celik dan menangis.


Baby lahir pada 23 Ogos 2015 jam 11.40pm secara normal. Ikut plan doktor aku akan di induce tapi Allah punya kuasa, aku tak sempat kena induce terus bersalin. Nama baby suami aku letak Nik Durratul Jinan yang bermaksud Mutiara Syurga. Baby dikebumikan kat Tapah. Aku duduk wad kat Hospital Teluk Intan. 


Sedih hilang baby memang teruk sebab kita berpantang tanpa baby kan. So kekuatan dari family tak membantu 100%. Kita yan kena bina kekuatan tu sendiri. Kita yang kena redha dan tenangkan diri kita. Jujur memang susah nak terima ujian yang berat camni. Tapi sebagai orang Islam kita kena percaya Qada dan Qadar. Cuma satu au harap Allah bagi aku peluang di masa akan datang (kalau boleh dalam masa terdekat) merasai pengalaman sebenar sebagai seorang ibu. Mudah mudahan.

Al fatihah Jinan. Tunggu ibu dekat pintu syurga ya sayang. Assalamualaikum.