Blogger templates

Thursday, February 25, 2016

Bersyukur

Hidup kita semua tak pernah sama.
Takdir dan rezeki pon berbeza beza.
So, konsep syukur perlulah dipegang kan?
Aku bukanlah alim mana.
Tapi bersyukur jewla dengan rezeki kita ada.
Kan?
Kau rezeki lebih pada anak, dia lebih pada harta, dia tu pulak lebih pada tubuh yang sihat.
Pastu lain orang lain ujian sama juga la dengan konsep rezeki.
Dan sama juga dengan konsep jodoh. Cepat atau lambat bukan dipinta okeyh?
Konsep anak jugak samaaaa. Nasib laaaa takde orang tanya iollsss. Pheuwww.
Dahla baru lepas anak meninggal. Dalam 5bulan++ la Jinan pergi tinggalkan aku.
Alhamdulillah sedih sedih pon still boleh terima la semua nie.
Rindu takyah cakap laaaa. Heee.
Buat masa nie takde sape tanye lagi soal bila nak ada baby?
Maybe takberani tanya sbb benda yang aku lalui nie dah cukup pedih kot. Kot la kan?

So just nak cakap tak kira ape benda jadi kita just bersyukur jewla ye.

Okeyh bai!

Saturday, November 14, 2015

Assalamualaikum and selamat pagi buta.

Nak kongsi sikit nie hah!
Nak post kat insta dengan caption macam karangan nampak macam eh kau dah kenapa la kan.
Cuma nak luahkan sikit isi hati nie.

Dulu ada sorang laki baru kenal I sehari terus ajak kapel.
I terkejut tapi I terima sebab ingat geng laki nie nak prank I kan.
Geng laki nie memang jenis budak nakal.
So, I sengaja terima.
Sekali percaturan I salah 100%
Memang budak laki tu serius nak kapel dengan I.
Masalah sangat sebab I baru frust menonggeng dan takmau kapel dengan sesiapa pon. Help!!!

I banyak kali la ajak laki nie putus sebab I takde perasaan pon kat dia.
I ignore dekat 3-4 hari mesej dia bagi.
I takbalas mesej dia bagi tu semua. Setakat balas 'k' pon I tak buat sebab dulu mana ada watsap. Bazir kedit I nak balas pendek gitu.

Sebelum melalut lagi, laki tu sama kos dengan I.
Plus laki tu excited sgt sampai ramai coursemate I tahu sebab heboh kat fb plus gosip kan sape taknak tahu.
Gaya macam org kawin kecohnye. Biasalah zaman bbnu kan. Umur baru 19/20 tahun. Remaja sangat kan!

Btw masa laki tu ajak kapel masa cuti sem. So after habis cuti sem, lebih kurang 3 bulan cuti sem. I jumpe dia for the second time.
Dalam takde feeling kat laki tu pon I gigih jumpe dia for the first time kat Wangsa Walk sebab kebetulan di tournament kayak kat area situ.
Masa 1st time jumpe I memang takcam dia even satu kos.
Berani mati kan I accept jew masa dia ajak kapel. Bila fikir balik I nie dah kenapa sesenang kapel dengan unknown kan.
Dahla I bayangkan dia sorang kosmate I yang lain. Rupanya I salah bayangkan. Salah orang rupanye I.
Masa jumpe tu I tengok dia pendek 2-3cm dari I. Kurus kering cekeding. Plus dia tak hensem.
Sebab tu I ajak putus tapi dia taknak. Nampak sangat I judge muka orang kan. Hahaha.
Takdela sebenarnya I dah risau kapel satu kos satu U dahla prestasi sem lepas merosot sebab I kapel dan frust menonggeng kan.
Back to the second dating time kan. I still taksuka dia tapi jantung I berdebar jew kan so apa maksudnye tu? Kihkihkih.

So sebab I nie pon nakal banyak kali dating tapi dating pon tak romantik kat kafe pastu kat kedai makan dengan geng geng I jew kot.
Entah bila I suka dia.
Tapi masa awal awal ada futsal match and I masuk dan kaki I terseliuh.
Halfway dari venue ke asrama I dah takmampu nak jalan terhencot hencot so laki nie nak piggyback I. Masa tu memang tak fikir ape sebab sakit I terima jewla. (kalau uolls sakit takde mende nak fikir kot, just nak cepatkan masa berlalu k!)
Sebab geng I semua takjoin futsal match kan.
Tapi bila I rasa lelah tu hilang, I mintak dia turunkan I sebab I dah ada energy nak jalan terhencot hencot balik. (memori lain I cerita enty lain taw!)

Okeyhla kan. I sendiri tengah carik jawapan bila I start suka kat laki nie ye?
Dahla yana, sampai sekarang I takjumpe jawapan tu even I try to flashback semua memori I ingat.
So pendekkan cerita, laki tu sekarang bukan lagi pakwe I dah. Sadis kan dengan semua konon sweet memori tetiba kiteorang bukan lagi kapel.
I sekarang dah kawin laki tu pon dah kawin jugak.
Dan kiteorang kawin pon sama sama sebab laki tu jadi suami I sekarang nie!
Jodoh tu ada macam macam cara kan. Tak sangka laki yang ajak I kapel after kenal sehari dah selamat jadi pasangan hidup I yang halal. Pergh!

So, alert dengan keadaan sekeliling uollss sebab mana tahu ada laki sedang tunggu masa uolls frust menonggeng untuk masuk line kan.
Kalau I tahu laki nie syok kat I sejak first sight lagi, takdela I frust menonggeng taw!
Pastu laki nie ngorat I guna fb. Kalau laki nie berani ngorat I kat kelas confirm kena reject sebab I jenis susah nak layan orang face to face, Hehehe.
Melalut sangat I cerita sebab tahu takde orang nak baca blog I.
I simpan cerita sini untuk rujukan anak cucu keturunan I nanti.
Okeyhla itu jew I nak share!

Muahhh and next entry I share memori konon sweet kiteorang tu. Baibai!


Saturday, October 10, 2015

Permulaan


Well. 23 Ogos 2015 aku telah kehilangan anak yang aku kandung selama 5 bulan. 
So, aku decide untuk abadikan pengalaman tu kat dalam blog nie.

Ikutkan aku nak buat planner. Nak cerita dalam tu semua tapi aku stay kat rumah family aku jadi segala harta benda nak menulis memang yilek! Hiks!


Baby aku lahir secara normal lepas 28jam ketuban pecah. Sedih memang takleh nak gambarkan la. Malam masud wad sebab ketuban pecah aku tak tidur. Aku menangis sampai subuh. Aku tidur dalam setengah jam then kembali celik dan menangis.


Baby lahir pada 23 Ogos 2015 jam 11.40pm secara normal. Ikut plan doktor aku akan di induce tapi Allah punya kuasa, aku tak sempat kena induce terus bersalin. Nama baby suami aku letak Nik Durratul Jinan yang bermaksud Mutiara Syurga. Baby dikebumikan kat Tapah. Aku duduk wad kat Hospital Teluk Intan. 


Sedih hilang baby memang teruk sebab kita berpantang tanpa baby kan. So kekuatan dari family tak membantu 100%. Kita yan kena bina kekuatan tu sendiri. Kita yang kena redha dan tenangkan diri kita. Jujur memang susah nak terima ujian yang berat camni. Tapi sebagai orang Islam kita kena percaya Qada dan Qadar. Cuma satu au harap Allah bagi aku peluang di masa akan datang (kalau boleh dalam masa terdekat) merasai pengalaman sebenar sebagai seorang ibu. Mudah mudahan.

Al fatihah Jinan. Tunggu ibu dekat pintu syurga ya sayang. Assalamualaikum.

Monday, July 8, 2013

Seyogia : Amal Hamsan

Assalamualaikum yallss....

Rajin ai nak buat review novel. Ini disebabkan android blh update blog secara on the go. So jgn sia siakan aplikasi nie okeyh!

Seyogia adalah hasil tulisan Amal Hamsan. Beliau punye gaya penulisan buatkan aku habis baca buku nie dlm sejam setengah gitu. Nampak tak betapa syoknye novel nie.

Seyogia nie cerita dia pasal sorang perempuan yg ada problem lepastu dia mengembara sana sini. Kat sini mana blh kasi tau semua cerita. Ai just bagi pendapat jewla kan. Buku nie best.

Sinopsis ikut kulit belakang:

Pertemuan mereka berdua tidak berdiri atas dasar kebetulan. Rasa yang terselit antara mereka berdua dengan seorang lagi manusia, berlainan. Walau permulaannya sama, namun yang hujungnya jelas tiada persamaan.

Cinya antara mereka tidak pernah bertemu muka. Cinta antara mereka terus terusan membuta. Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita.

Previous buku Amal Hamsan ialah Heroin. Sebab buku tu aku tertarik nak baca buku nie plak. Tak sia sia beli Seyogia sbb aku dapat rasa aku jadi watak cerita tu. Kalau nak tahu cerita best nie. Silalah ke web online lejen press. Blh tekan link belah kanan dashboard blog aku. Silakan okeyh. Kalau yg duk kl blh gi kinokuniya klcc. Kedai borders dan mph ada gak jual. Nak tahu lebih lanjut gi tekan link website depa.

Sekian daripada aku. Sedang baca novel BABI ; P